Categories
Uncategorized

Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2018/2019

Permohonan UPU merupakan satu sistem atas talian (online) yang diwujudkan oleh kementerian untuk para pelajar memohon memasuki universiti, politeknik, ataupun ILKA.

Para pelajar boleh memohon UPU secara online melalui laman web upu. Sebelum memohon UPU, para pelajar dikehendaki untuk membeli nombor PIN di Bank Saimpanan Nasional (BSN). Selepas pin di beli, barulah pelajar mendapat akses untuk memasuki laman web permohonan upu.

Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2018/2019

Cara Permohonan UPU Sesi 2018/2019

Berikut merupakan cara bagaimana anda boleh membuat permohonan UPU:

  1. Terlebih dahulu, beli no pin UPU (No Unik) di Bank Simpanan Nasional (BSN). Anda boleh terus membeli melalui mesin ATM ataupun terus pergi ke kaunter. Pin berharga RM15.64 termasuk gst. (no pin mulai dijual pada 5 Februari 2018.
  2. Masuk ke portal rasmi upu di MOHON UPU.
  3. Pilih kategori permohonan anda. Jika tidak pasti kategori anda, klik link di bawah

Pilih kategori lepasan SPM/setaraf                Pilih kategori Lepasan STPM/Setaraf.

    Tarikh Permohonan UPU Sesi 2018/2019

    Permohonan UPU dibuka mulai 5 Februari 2017 pukul 12 tengah hari, sehingga  10 April 2018..
    Semakan Keputusan Permohonan UPU
    Semakan boleh dibuat mulai  21 May 2018.
    Semoga panduan ringkas permohonan upu ini dapat membantu anda untuk membuat permohonan UPU sekaligus mendapat tempat di UA/Politeknik/ILKA.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *