Categories
Uncategorized

Permohonan UPU 2019:Borang Online kemasukan UA,Politeknik,Kolej Komuniti

Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar lepasan SPM dan lepasan STPM setaraf, kini anda boleh mula membuat permohonan UPU secara online bagi sesi 2019/2020.

Ini adalah borang kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan juga ILKA. Anda yang layak adalah dipelawa untuk mengisi borang permohonan ini secara online.

Berikut kami sediakan maklumat mengenai Permohonan UPU seperti tarikh penting permohonan, cara membuat permohonan, dan cara pembelian no pin.

iklan permohonan uou sesi 2019

Tarikh Penting Permohonan UPU 2019

Pastikan anda tidak terlepas akan tarikh-tarikh ini:
  • 25 Februari 2019Jualan no pin Unik ID dibuka: 
  • 25 Februari 2019: Permohonan UPU dibuka: 
  • 2 April 2019: Permohonan UPU ditutup: 
  • 17-20 April: Semakan Panggilan Temuduga Lepasan SPM
  • 21-29 April 2019: Temuduga berjalan
  • 10-14 May 2019: Semakan panggilan ujian Medsi
  • 15-19 May: Ujian Medsi dijalankan
  • 15 May – 28 Jun: Proses temuduga program bukan pendidikan dijalankan

Cara Permohonan UPU 2019/2020 Secara online

Pertama sekali, anda perlulah membeli no pin UPU anda di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10.

Selepas memilik no pin, barulah anda boleh login ke dalam sistem UPU.

Login melalui pautan ini: LOGIN UPU.

Masukkan No kad pengenalan serta no unik , kemudian anda boleh mengisi borang seperti biasa.

Mohon UPU 2019

Setiap program mempunyai syarat yang berbeza, pastikan anda semak dahulu kelayakan yang diperlukan.

bagaimanapun, kami di sini akan mengemaskini setiap maklumat terkini mengenai permohonan upu 2019.

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang memohon UPU. Semoga anda diterima masuk ke UA,Politeknik, ILKA ataupun Kolej Komuniti bagi sesi 2019/2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *