matrikulasi atau diploma

Matrikulasi atau Diploma. Pilih Yang Mana?

Sebagai pengenalan, saya akan menjawab ‘Universiti‘ secara umum. Namun, jika ditanya manakah yang lebih menguntungkan antara sijil matrikulasi (Matrik) atau diploma, saya akan memberikan jawapan yang berbeza. Banyak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang keliru dalam memilih sama ada untuk masuk kolej atau universiti. Ada juga yang bimbang dengan pendapat ibu bapa mengenai apa yang terbaik untuk mereka. Saya sendiri pernah menghadapi masalah ini, oleh itu saya akan memperjelaskan pandangan saya dalam artikel ini.

Diploma

Tempoh pengambilan diploma bergantung kepada kursus yang diambil. Ada program selama dua setengah tahun dan ada juga yang mengambil masa kira-kira tiga tahun. Walau bagaimanapun, kelebihan yang bakal diperoleh oleh pemegang diploma selepas tamat pengajian ialah peluang pekerjaan yang cerah (bergantung pada kehendak pasaran pekerja). Berbeza dengan sijil lepasan matrikulasi, sijil diploma boleh diaplikasikan untuk memperoleh pekerjaan. Manakala, sijil matrikulasi hanya boleh digunakan sebagai syarat masuk universiti.

Terdapat beberapa risiko dalam pengambilan diploma, antaranya:

  • Terdapat terlalu ramai lepasan diploma di Malaysia.
  • Perlu memperoleh pointer paling kurang 3.0 untuk menyambung ijazah.
  • Jumlah pinjaman PTPTN biasanya anggaran kasar sebanyak RM15,000 dan perlu dibayar 6 bulan selepas tamat belajar.
  • Jika mendapat pointer di bawah 2.0 dalam mana-mana semester, PTPTN akan digantung selama satu semester.
  • Terdapat pelajar yang mendapat tawaran SPA tetapi sedang meminjam PTPTN.
  • Ada sesetengah pelajar yang terus ingin bekerja kerana merasakan belajar adalah satu bebanan.
  • Ramai yang terleka kerana terlalu banyak masa lapang.
  • Mengalami kejutan budaya (culture shock).

Kelebihan pengambilan diploma ialah:

  • Jika pointer jatuh, masih ada masa untuk memperbaikinya.
  • Mendapat banyak pendedahan tentang skop pekerjaan serta pengalaman bekerja (praktikal).
  • Diajar bagaimana menganjur program dan nilai etiket sosial.
  • UiTM memberi pengecualian kredit bagi sesiapa yang mengambil diploma dari UiTM dan menyambungnya di UiTM.

Matrik

Pelajar Sains akan mendapat 4 modul yang berbeza serta pelbagai pilihan tahun dalam program Matrikulasi. Beberapa pelajar diberi masa 2 tahun, sementara beberapa pelajar hanya satu tahun (bergantung pada keputusan SPM). Mengikut pengalaman rakan-rakan, menjadi pelajar selama satu tahun (2 semester) adalah lebih mudah berbanding dengan dua tahun. Ini disebabkan oleh waktu yang lama untuk mengambil ujian dan Carrymark dalam jangka waktu panjang. Oleh itu, bagi sesiapa yang merasakan dia mampu menghadapi semua cabaran tersebut, silakan mendaftar.

Bagi mereka yang memilih empat semester, silibus pembelajarannya adalah lebih perlahan berbanding dengan satu tahun sebelumnya.

Risiko yang perlu diambil kira: · Silibus yang mantap dan gaya pembelajaran yang pantas. · Sijil matrikulasi hanya boleh digunakan untuk menyambung ijazah di mana-mana universiti. · Wajib mengambil MuET. · Bersaing dengan pelajar Pra-U (Ting 6) dan ASASI. · Menurut statistik baru-baru ini, pelajar yang mendapat pointer 4.0 atau 3.5 ke atas semakin bertambah (Menunjukkan persaingan dalaman juga meningkat ATAU system pemarkahan semakin longgar). · Perlu memperoleh pointer 3.0 dan ke atas bagi meraih program yang dikehendaki (Jika tidak, besar kemungkinan mendapat ‘course’ lelong).

Kelebihan.

  • Mendapat elaun daripada pihak kerajaan.
  • Senang membiasakan diri dalam suasana Universiti yang lebih banyak masa terluang.
  • Tempoh pembelajaran yang singkat.
  • Kursus dalam ijazah ( untuk diisi dalam UPU) kebiasaanya adalah lebih luas dan bervariasi berbanding diploma ( Cth: Perubatan & Pakar Bedah).
  • Diberi penerapan kemahiran insaniah ( Soft skill).
  • Mengajar erti berdikari.
  • Program kokurikulum menarik. Apa yang dinyatakan hanyalah sebahagian dari pro dan kontra berkenaan diploma serta matrik.

Masih banyak lagi kelebihan masing- masing yang boleh anda ketahui dengan cara bertanya pada mereka yang berkenaan. Nasihat saya, abaikan ura- ura atau cakap negatif dari sesiapa yang tidak tahu menahu tapi hanya pandai berdebat saja. Langkah terbaik adalah ‘ temuduga’ mereka yang mengambil program matrik atau diploma. Tiada yang bagus, kurang bagus susah ataupun mudah. Semuanya terletak pada diri anda- Orang yang bakal menjadi pelajar Diploma/ matrik sendiri.

Leave a Comment