senarai universiti

Kategori Universiti di Malaysia

Universiti Awam (UA) di Malaysia merupakan institusi pendidikan tinggi yang dikelola oleh kerajaan dan mempunyai fungsi dan tanggungjawab penting dalam membangun sistem pengajian tinggi negara. Terdapat 20 buah UA di Malaysia yang dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu

  • Universiti Penyelidikan
  • Universiti Komprehensif
  • Universiti Berfokus.

Universiti Penyelidikan

Universiti Penyelidikan di Malaysia memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan. Kelima-lima UA di kategori ini, iaitu

  • Universiti Malaya
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia

Universiti Komprehensif

Universiti Komprehensif pula menawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajian kepada pelajar. Empat buah UA di kategori ini, iaitu;

  • Universiti Teknologi MARA
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Malaysia Sarawak

Universiti Berfokus

Manakala Universiti Berfokus memberikan tumpuan kepada bidang khusus berkaitan dan menawarkan kursus dan program pengajian yang berfokus kepada bidang tertentu seperti teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan dengan penubuhannya. Sebelas buah UA di kategori ini, iaitu

Sistem pengajian tinggi di Malaysia terus memperbaiki keupayaan UA untuk memastikan reputasi yang dinamik, berdaya saing dan mampu meramalkan cabaran masa hadapan dan bersedia untuk bertindak secara berkesan seiring dengan perkembangan global. Diharapkan dengan kategori-kategori UA yang telah ditetapkan, setiap institusi pendidikan tinggi akan dapat memenuhi fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, telus dan berkesan ke arah mewujudkan sistem pengajian tinggi yang cemerlang di Malaysia.

Leave a Comment