utem malaysia

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah sebuah universiti awam yang ke-14 yang ditubuhkan pada 1 Disember 2000 dan merupakan universiti teknikal awam pertama di Malaysia. Kini, universiti ini beroperasi di tiga buah kampus iaitu Kampus Induk di Durian Tunggal, Kampus Teknologi di Ayer Keroh, dan Kampus Bandar di Pusat Bandaraya Melaka Bersejarah. UTeM mempunyai tujuh buah Fakulti dan satu Institut yang menawarkan program pengajian dalam bidang Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan sama ada di peringkat Prasiswazah (program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda) dan Pascasiswazah (program Sarjana dan Kedoktoran).

universiti teknikal malaysia melaka

Visi, Misi dan Matlamat UTeM

Visi UTeM adalah untuk menjadi Universiti Teknikal yang kreatif dan inovatif terkemuka di dunia. Sementara itu, misi UTeM ialah menerajui sumbangan kepada kesejahteraan negara dan dunia dengan memartabatkan ilmu melalui pendidikan, penyelidikan, dan kesarjanaan teknikal yang inovatif, membentuk pemimpin bersahsiah murni yang profesional, serta menjana pembangunan lestari bersama industri dan komuniti. Motto UTeM adalah Kompetensi Teras Kegemilangan.

Matlamat pendidikan UTeM ialah mengendalikan program akademik dan profesional berlandaskan kepada keperluan industri, melahirkan graduan dengan pengetahuan relevan, kompetensi dalam kemahiran teknikal, kemahiran insaniah, dan peka kepada tanggungjawab sosial, menyemai dikalangan graduan kaedah saintifik, berfikiran kritikal, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, menggalakkan pembangunan penyelidikan dan aktiviti dengan kerjasama industri demi menjana kemakmuran negara, melengkapkan graduan dengan nilai-nilai kepimpinan, komunikasi dan pembelajaran berterusan, melahirkan graduan berkemahiran teknousahawan dan pengurusan, serta melahirkan graduan yang menghargai sastera dan budaya serta menyedari kepentingan budaya hidup sihat.

UTeM berfokus dengan penumpuan kepada bidang Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat serta Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang merupakan aktiviti teras universiti bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja profesional yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi sejajar dengan wawasan dan aspirasi negara.

Laman Web          : http://www.utem.edu.my

Leave a Comment